Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Presiden parlimen Eropah meninggal dunia pada usia 65

-

ISTANBUL, TURKI, 11 JAN – Presiden Parlimen Eropah, David Sassoli, meninggal dunia kelmarin pada usia 65 tahun.

Jurucakapnya, Roberto Cuillo dalam kenyataan di laman sosial Twitter berkata Sassoli meninggal dunia pada 1:15 pagi waktu tempatan di Pusat Rujukan Onkologi (CRO) di Aviano, Itali, tempat beliau menerima rawatan, lapor agensi Anadolu.

“Tarikh dan tempat pengebumian akan dimaklumkan dalam beberapa jam lagi,” tambah Cuillo.

Sassoli dimasukkan ke hospital pada 26 Disember di Itali, menurut pejabatnya Isnin lalu, kerana “mengalami komplikasi serius berkaitan sistem imun.”

Pada September tahun lalu, beliau dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru, dan tidak dapat mempengerusikan sesi pleno dan menghadiri mesyuarat peringkat tinggi selama berminggu-minggu. – Bernama

David Sassoli, meninggal dunia kelmarin pada usia 65 tahun kerana mengalami komplikasi serius berkaitan sistem imun. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -