Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Presiden Peru dilarang keluar negara

    BOGOTA, 5 OGOS – Kongres Peru pada Khamis menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.

    Sebanyak 67 undi membantah dan 42 menyokong manakala lima berkecuali ketika permohonan Castillo itu dibahaskan pada sesi pleno yang turut disiarkan di televisyen, lapor Agensi Anadolu.

    Buat pertama kali dalam tempoh beberapa dekad, Kongres menghalang pemimpin negara untuk melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

    Kongres yang diketuai parti pembangkang berhujah bahawa Castillo sedang berdepan lima siasatan atas dakwaan rasuah dan mempunyai kaitan dengan ‘organisasi jenayah’. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...