Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Peru lantik PM baharu

    LIMA, 7 OKT – Presiden Peru, Pedro Castillo menerima peletakan jawatan perdana menteri-nya kelmarin dan menggantikannya dengan aktivis alam sekitar wanita.

    Di bawah undang-undang Peru, peletakan jawatan perdana menteri secara langsung memicu pengunduran seluruh kabinet.

    Castillo tidak memberikan sebab untuk menggantikan Guido Bellido sebagai perdana menteri, yang merupakan golongan kiri yang lebih tegas. Surat peletakan jawatan Bellido mengatakan dia hanya mengikut ‘permintaan’ Castillo.

    Agensi media Peru melaporkan, Bellido, 41, telah disiasat oleh pendakwa raya atas kerana didakwa mempertahankan keganasan dengan pernyataannya selepas mengambil tempatnya di parlimen pada bulan Jun.

    Pada bulan Ogos yang lalu, Castillo kelihatan telah mengatasi krisis politik ketika kongres yang dikuasai oleh sayap kanan bersetuju dengan kabinetnya berikutan perbahasan yang sengit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda