Presiden sementara Bolivia positif COVID-19

LA PAZ, 10 JULAI – Presiden sementara Bolivia Jeanine Anez disahkan dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin, lapor agensi berita Xinhua.

“Sejak seminggu lalu ramai dalam kalangan petugas saya disahkan positif, saya turut melakukan ujian saringan dan juga disahkan dijangkiti virus itu,” kata Anez dalam rakaman video yang disiarkan dalam talian.

Beliau akan menjalani kuarantin selama 14 hari, sesuai dengan protokol ditetapkan Kementerian Kesihatan. – Bernama