Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Presiden Serbia tolak sekatan terhadap Rusia

    BELGRADE,SERBIA, 5 JAN – Presiden Serbia menyatakan bahawa gesaan Kesatuan Eropah (EU) agar Serbia menyertai sekatan terhadap Rusia berhubung peperangan yang meletus di Ukraine sebagai tindakan campur tangan yang ‘kejam’ dalam hal ehwal dalam negara Balkan tersebut, katanya kelmarin.

    Dalam ucapan hujung tahunnya kepada rakyat, Aleksandar Vucic memuji pencapaiannya dan pencapaian ekonomi dan politik negara, membandingkan dirinya dengan seekor serigala yang tidak dapat dijinakkan di bawah tekanan antarabangsa.

    Walaupun secara rasminya ingin menjadi ahli EU, Serbia telah berulang kali tidak menghiraukan gesaan untuk menyelaraskan dasar luarnya sejajar dengan 27 negara ahli kesatuan tersebut, termasuklah menyertai sekatan antarabangsa terhadap Moscow berhubung perperangan di Ukraine.

    Terdapat beberapa cadangan daripada ahli-ahli EU untuk menggantungkan permintaan Serbia daripada menjadi ahli sehingga Serbia mematuhi dasar luar kesatuan itu.

    Serbia kekal sebagai satu-satunya negara yang enggan mengenakan sekatan terhadap Rusia selain Belarus, sekutu Slavianya.

    Rusia telah menyokong tuntutan Serbia terhadap bekas wilayahnya iaitu Kosovo yang telah mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 2008 dengan sokongan Barat.

    Vucic berkata pegawai tinggi AS dan EU akan melawat Serbia dalam beberapa hari akan datang untuk membincangkan jalan penyelesaian mengenai ketegangan ke atas Kosovo, yang memuncak sejak minggu kebelakangan ini apabila Serbia menghantar tenteranya ke sempadan.Kosovo utara mempunyai jumlah minoriti etnik Serb yang besar.

    Kami mahukan keamanan, dan kami hampir menghapuskannya,” kata Vucic. “Walaupun bukan kesalahan kami. Kami tidak memprovokasi mana-mana pihak walaupun sesaat, melainkan orang lain beranggapan ia satu provokasi yang pada pandangan kami rakyat negara Kosovo adalah juga rakyat kami.” – AFP

    Presiden Serbia Aleksandar Vucic bercakap semasa ucapan umum tahunan di Belgrade, Serbia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...