Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Presiden S’pura tiba di M’sia

    SEPANG, 20 MAC – Presiden Singapura Halimah Yacob tiba di Malaysia hari ini sempena lawatan negara sulungnya ke negara jiran selama tiga hari sehingga 22 Mac.

    Kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober 2022.

    Halimah dan delegasi Singapura termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Luar Negeri Dr Mohamad Maliki Osman serta Menteri Perdagangan dan Industri, Low Yen Ling tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10:20 pagi melalui pesawat komersial.

    Ketibaan Halimah dan delegasi disambut menteri pengiring Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

    Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara. – Bernama

    Presiden Singapura, Halimah Yacob (kiri) bersama suami, Mohamed Abdullah Alhabsee melintasi kawalan kehormat setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memulakan lawatan negara ke Malaysia mulai kelmarin hingga 22 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -