Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Presiden Starbuck Amerika Utara undur diri

    SEATTLE, 20 JUN — Presiden Starbucks Amerika Utara, Rossann Williams, yang menjadi tokoh terkemuka dalam usaha syarikat menentang penyatuan pekerja, akan meninggalkan syarikat itu selepas berkhidmat selama 17 tahun.

    Dalam surat yang dihantar kepada pekerja Starbucks, ketua pegawai operasi, John Culver berkata, keputusan itu “tidak dipandang ringan” dan menambah bahawa Williams ditawarkan pekerjaan lain di syarikat itu, tetapi dia menolaknya.

    Sementara itu, Sara Trillin dinaikkan pangkat menjadi naib presiden eksekutif dan presiden Starbucks Amerika Utara. Trilling ialah seorang veteran Starbucks selama 20 tahun dan baharu sahaja berkhidmat sebagai naib presiden kanan dan presiden Starbucks Asia Pasifik di Hong Kong.

    Starbucks telah menjadi antara gelombang terbaharu syarikat terkemuka yang melihat usaha kesatuan dalam kalangan pekerja mereka. Pada bulan Disember, sebuah kedai Starbucks di Buffalo menjadi yang pertama bergabung di salah sebuah kedai Amerika Syarikat (AS) milik syarikat peruncit kopi itu.

    Sekurang-kurangnya 150 daripada 9,000 buah kedai AS yang dikendalikan syarikat Starbucks telah mengundi untuk bersatu sejak itu, menurut Lembaga Perhubungan Buruh Kebangsaan dan sekurang-kurangnya 10 buah kedai telah menolak kesatuan itu.

    Susulan itu, Williams memberitahu pekerja dalam surat tahun lepas bahawa Starbucks tidak pernah menggalakkan kesatuan sekerja dan lebih suka bercakap terus dengan pekerja tetapi pada masa yang sama menghormati proses undang-undang dan mahu bekerjasama dengan mereka di Buffalo yang mengundi menyokong perwakilan kesatuan sekerja.

    Pada bulan April tahun ini, bagaimanapun, pegawai buruh persekutuan mendakwa bahawa Starbucks bertindak balas terhadap pekerja di Phoenix selepas ia mengetahui pekerja di sana ingin mengadakan kesatuan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...