Presiden Turki lawat Hagia Sophia

ISTANBUL, 20 JULAI – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengadakan lawatan mengejut ke Hagia Sophia semalam, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat pertama di tempat bersejarah Istanbul sejak ia diubah semula kepada masjid pada minggu lalu.

Dalam lawatan yang dianggap sebagai pemeriksaan, Erdogan melihat kerja-kerja pengubahsuaian, kata pejabat presiden, mengeluarkan gambar yang menunjukkan aram-aram dalam bangunan.

Diyanet, pihak berkuasa agama negara, berkata ikon Kristian akan dipisahkan dan tidak dinyalakan ‘melalui cara sesuai semasa waktu sembahyang.’

“Matlamat kami adalah mengelakkan lukisan yang menggunakan teknik fresko, ikon serta seni bina bersejarah dirosakkan,” kata jurucakap Erdogan Ibrahim Kalin dalam temu bual televisyen semalam.

Masih tidak jelas sama ada Erdogan merupakan antara kira-kira 500 jemaah yang dijangka menghadiri solat pada Jumaat.

Mahkamah tertinggi Turki membuka laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian dalam satu keputusan untuk membatalkan status muzium Hagia Sophia yang diberikan hampir satu abad lalu.

Bangunan abad keenam itu dibuka kepada semua pelawat tanpa mengira kepercayaan mereka sejak ia menjadi muzium pada 1935. – AFP

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan (kiri) mendengar kepada seorang pegawai semasa beliau melawat Hagia Sophia pada 19 Julai 2020.– AP