Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Ukraine senarai tuntutan sebelum bertemu Rusia

    ANKARA, 17 MAC – Presiden Ukraine kelmarin mengulangi kenyataan bahawa jaminan kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine adalah penting, susulan rundingan damai yang sedang berlangsung dengan Rusia, lapor agensi Anadolu.

    “Keutamaan saya dalam rundingan ini amat jelas: menamatkan perang, jaminan terhadap keselamatan, kedaulatan, pemulihan integriti di wilayah, serta jaminan perlindungan terhadap negara kita,” kata Volodymyr Zelensky menerusi video yang dikeluarkan Pejabat Presiden.

    Zelensky juga menyeru askar Rusia meletakkan senjata.

    “Letakkan senjata kamu. Ia lebih baik daripada mati di medan perang, di bumi Ukraine,” katanya.

    Menurut Presiden Ukraine itu Rusia terus menerus melakukan jenayah perang di negaranya, sambil berkata: “Ekonomi Rusia masih mampu menyokong operasi ketenteraan.”

    Zelensky turut menggesa masyarakat antarabangsa mengenakan sekatan baharu terhadap Rusia dan memberi sokongan kepada Ukraine agar operasi ketenteraan Rusia dapat dihentikan.

    Krisis Rusia-Ukraine bermula pada 24 Februari mendapat kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menghentikan operasi di Rusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda