Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Presiden UNGA puji sumbangan Kemboja

    PHNOM PENH, 22 OGOS – Presiden pelawat Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Abdulla Shahid hari ini memuji Kemboja bagi sumbangan utamanya mengekalkan keamanan dunia, menurut pegawai kanan Kemboja.

    Shahid berkata demikian semasa kunjungan muhibah kepada Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen di Istana Kedamaian di Phnom Penh, kata Eang Sophalleth, penolong peribadi Hun Sen.

    “Kemboja telah berubah dari sebuah negara yang menerima pasukan pengaman kepada sebuah negara yang menghantar pasukan pengaman bagi membantu memastikan keamanan terpelihara di negara-negara lain di bawah payung PBB,” Shahid dipetik semasa perbualan dengan perdana menteri, kata Sophalleth.

    “Ini adalah kejayaan besar dan perubahan besar dalam imej Kemboja di peringkat antarabangsa,” tambah Shahid.

    Kemboja kali pertama menghantar pasukan pengaman dalam misi pengaman PBB pada 2006.

    Sehingga kini, negara itu mengerahkan sejumlah lebih 8,000 tentera menyertai misi pengaman PBB di banyak negara dicengkam perang, menurut Pusat Kebangsaan bagi Pasukan Pengaman. – Xinhua

    Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen (kanan) ketika menerima kunjungan muhibah presiden pelawat sesi ke-76 Dewan Perhimpunan Agung PBB, Abdulla Shahid di Phnom Penh, Kemboja, 22 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...