Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Presiden Xi syor parti politik berusaha ke arah pemodenan

BEIJING, 16 MAC – Matlamat utama modenisasi adalah untuk merealisasikan pembangunan bebas dan menyeluruh rakyat, demikian kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping.

Justeru, beliau yang juga Presiden China menegaskan agar parti-parti politik memberi tumpuan kepada aspirasi rakyat untuk mengecapi kehidupan lebih indah serta kemajuan tamadun, di samping berusaha untuk mencapai hasil kebendaan, integriti politik, kekayaan kerohanian, kestabilan sosial dan persekitaran ekologi yang baik.

Xi berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti Politik Dunia menerusi pautan video kelmarin.

Selain memberi respons dengan lebih baik terhadap suara dan permintaan rakyat, beliau berkata pemodenan bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan generasi kontemporari, tetapi juga menjamin hak dan kepentingan generasi akan datang serta memantapkan kelestarian masyarakat.

Xi turut menasihatkan kepada negara-negara yang mahu mencapai pemodenan agar mengejar kemajuan secara bersama melalui perpaduan dan kolaborasi dengan mengikuti prinsip membangun bersama, berkongsi faedah dan situasi sama menang. – Bernama

Presiden Xi Jinping dipaparkan pada skrin ketika beliau menyampaikan ucapan pada majlis penutupan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China di Dewan Besar Rakyat di Beijing baru-baru ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -