RIYADH, 7 APRIL – Presiden Yaman mengumumkan hari ini telah menye-rahkan kuasanya kepada majlis kepimpinan baharu, dalam satu rombakan besar dalam pasukan gabungan menentang pemberontak Huthi semasa gencatan senjata rapuh dikuatkuasakan.
“Saya menyerahkan sepenuhnya kuasa saya kepada majlis kepimpinan presiden,” kata Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dalam kenyataan televisyen hari ini, semasa hari terakhir rundingan damai di bandar Saudi, Riyadh.
Kerajaan Hadi yang diiktiraf antarabangsa telah terkunci dalam konflik bersama pemberontak Huthi bersama Iran yang mengawal bandar Sanaa dan kebanyakan di utara meskipun campur tangan diketuai Saudi pada 2015.
Perdamaian sementara yang dibroker PBB berkuat kuasa Sabtu lalu – hari pertama bulan suci Ramadan – telah memberi harapan samar-samar dalam konflik apa yang PBB gambarkan sebagai krisis kemanusiaan terburuk dunia.
Perdamaian sementara muncul ketika rundingan didedahkan di Riyadh tanpa penyertaan kumpulan Huthi, yang enggan hadir di wilayah ‘musuh’.
Beberapa penganalisis ragu adakah rundingan itu boleh capai tanpa kehadiran Huthi, namun berita hari ini mungkin membantu pasukan gabungan yang bergelut untuk bersuara sebulat suara dalam mana-mana rundingan perdamaian masa depan. – AFP
