Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Presiden Zambia tidak terima gaji sejak berkhidmat

    LUSAKA, ZAMBIA, 5 APRIL – Berita mengenai Presiden Zambia Hakainde Hichilema tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya Ogos tahun lalu, menjadi tajuk utama media sosial di negara ini.

    Kementerian yang bertanggungjawab membayar gaji dan elaun presiden mendakwa beliau melepaskan gajinya ‘demi berkhidmat untuk rakyat’.

    Hichilema berkata gaji bukanlah motivasinya untuk mendapatkan jawatan, lapor Agensi Anadolu.

    “Isu gaji bukanlah disebabkan kerajaan tidak mampu membayarnya,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di bandar Livingstone.

    Hichilema, 59, seorang ahli ekonomi dan ahli perniagaan menjadi presiden selepas 15 tahun menyertai pembangkang, menewaskan penyandang Edgar Lungu dengan lebih sejuta undi. – Bernama

    Hakainde Hichilema tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya Ogos tahun lalu demi berkhidmat untuk rakyat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...