Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Zi gesa peraturan kewangan yang kukuh untuk tangani risiko

    BEIJING, 15 Julai – Presiden China, Xi Jinping menggesa supaya diwujudkan peraturan kewangan yang kukuh untuk mengawal risiko pada Persidangan Tugasan Kewangan Kebangsaan selama dua hari yang berakhir semalam.

    Melindungi daripada risiko kewangan sistemik merupakan perkara yang luhur bagi tugasan kewangan dan kerajaan perlu mengambil inisiatif yang kukuh untuk memantau, berwaspada dan mendepani risiko pada masa yang tepat, kata Xi.

    China akan mempercepatkan pembentukan undang-undang dan peraturan yang mengawal sektor kewangan, menambah baik pengurusan mikro yang berhemat serta memberi penekanan kepada peraturan fungsional dan tingkah laku, kata Xi.

    Kerajaan akan terus membendung ekonomi dengan melaksanakan dasar-dasar monetari berhemat serta memberi keutamaan kepada pengurangan penuasan (leverage) dalam syarikat-syarikat milik kerajaan, tambah Xi lagi.

    China akan mengawal peningkatan hutang kerajaan, membanteras sebarang perlanggaran peraturan kewangan serta meningkatkan pengawalan ke atas kewangan internet.

    Kerajaan akan menyelaraskan pembangunan sistem kredit sosial serta menambah baik rangka kerja perundangan berkaitan sektor kewangan selaras dengan suasana domestik, menurut Xi.

    Persidangan dua hari itu telah diadakan setiap lima tahun sejak 1997 dan dianggap sebagai penentu arah bagi pembaharuan ekonomi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda