BULAWAYO, Zimbabwe, 24 Jun – Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa berkata, semalam beliau nyaris-nyaris terbunuh selepas satu letupan pada rapat parti yang mencederakan dua naib presiden dan beberapa pegawai parti beliau.
Lima belas orang mengalami kecederaan, tiga dalam keadaan serius dan beberapa orang kehilangan anggota tubuh badan, dalam letupan ketika satu acara kempen pilihan raya di bandar kedua Zimbabwe, Bulawayo, menurut Menteri Kesihatan, David Parirenyatwa.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)