Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Prestasi hebat Embiid bantu 76ers menang

    HOUSTON, 11 JAN – Joel Embiid memperoleh 31 mata dan lapan rebound untuk memacu Philadelphia 76ers mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut ke atas Houston Rockets 111-91, kelmarin.

    Embiid berjaya menjaringkan 30 mata tujuh kali berturut-turut dan menyumbang enam assist. Dia mendapatkan sembilan jaringan daripada 16 percubaan semasa permainan dan berjaya menjaringkan kesemua 13 percubaan melalui lontaran percuma.

    Dia adalah pemain kedua dalam sejarah NBA yang berjaya menjaringkan tepat 31 mata dalam empat perlawanan berturut-turut. Bob McAdoo adalah yang pertama melakukannya untuk pasukan Buffalo Braves pada November 1973. Embiid menuju perlawanan kelmarin dengan purata 26.8 mata setiap perlawanan, tempat keenam dalam NBA.

    “Saya berpegang pada standard itu untuk cuba menang dan menjadi yang terbaik, atau salah seorang yang terbaik,” kata Embiid. “Perkara yang baik mengenainya ialah, kami telah menang. Untuk dapat menang setiap malam, saya perlu bermain.”

    Philadelphia mempunyai rekod kemenangan paling lama di Eastern Conference dan kedua paling lama dalam NBA di belakang rentetan sembilan perlawanan Memphis.

    Reaksi pemain tengah Philadelphia 76ers, Joel Embiid bertindak balas selepas three-point rakan sepasukan, Isaiah Joe semasa separuh masa kedua perlawanan NBA menentang Houston Rockets, 10 Januari, di Houston. – AP

    “Kami terpaksa melakukannya dengan pelbagai cara,” kata jurulatih 76ers, Doc Rivers. “Sebelum kami mencipta kemengan itu, saya berkata pasukan ini akan bermula. Awda hanya boleh merasakannya. Pemain akhirnya telah menemui cara untuk bermain tidak kira siapa yang dilawan.

    “Ia juga bagus apabila pemain terbaik kami bermain dalam menguasai bola keranjang sekarang.”

    Andre Drummond, yang keluar dari bangku simpanan telah memperoleh 13 mata dan 11 rebound untuk Philadelphia. Tobias Harris juga memperoleh jaringan sebanyak 13 mata, Furkan Korkmaz memperoleh 12 mata, serta Matisse Thybulle dan Isaiah Joe masing-masing menambah 10 mata.

    Philadelphia bermain tanpa Seth Curry, kerana mengalami sakit buku lali kiri.

    Danny Green menggantikan tempat Curry dan menjaringkan lima mata dalam masa 20 minit.

    “Kami kekurangan pemain dan bermain tanpa pertahanan kami,” kata Rivers. “Saya hanya berfikir bahawa Joel telah menetapkan pada malam perlawanan di mana kami mempunyai ramai pemain yang belum bersedia.”

    Philadelphia mendahului 36-27 selepas suku pertama dan 62-5 pada separuh masa.

    Christian Wood dan Jalen Green masing-masing menja-ringkan 14 mata untuk Houston. Josh Christoper memperoleh 13 dan Daniel Theis menambah sebanyak 12 mata.

    Rockets bermain tanpa shooting guard, Eric Gordon, yang telah berhadapan dengan sakit pangkal paha kanan.

    Houston mengejar 21 mata, dan Sixers bertindak balas, menjaringkan 29 mata mengubah situasi perlawanan dan 11 mata dalam pertukaran. Philadelphia juga mengatasi jaringan Houston 56-28. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...