Prestasi Lloris mungkin terjejas

LONDON, 13 Sept – Kapten Perancis yang memenangi Piala Dunia Hugo Lloris menghindari hukuman penjara tetapi menerima larangan daripada memandu selama 20 bulan dan denda 50,000 pound (AS$65,000) kelmarin atas kesalahan dalam peraturan di jalan raya di tengah London.

Penjaga gol Tottenham Hotspur sebelum ini memanggil tingkah lakunya itu ‘tidak dapat diterima’ dan menerima hukuman ringan dari seorang hakim, di mana dia sepatutnya boleh dihukum penjara selama enam bulan.

“Pada 15 Julai, dia merupakan individu yang paling dikagumi,” kata peguam David Sonn merujuk kepada Lloris dan pasukannya yang berjaya menjulang trofi Piala Dunia di Moscow.

“Empat puluh hari kemudian, dia ditangkap di pusat London,” kata peguam itu. “Hari ini dia memohon maaf kepada mahkamah.”

Lloris adalah salah seorang pemain kebanggaan Perancis yang beraksi ke Piala Dunia dalam aksi perlawanan kedua mereka dalam kejohanan itu bagi tempoh 20 tahun.

Lloris (dua kanan) selepas menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Westminster di London kelmarin. Lloris terlepas daripada hukuman penjara tetapi menerima larangan memandu selama 20 bulan dan denda 50,000 pound (AS$65,000) atas kesalahan dalam peraturan jalan raya di tengah London. – AFP

Kejayaan itu menjadikan pemain berusia 31 tahun itu menjadi seorang wira negara dan mengesahkan statusnya sebagai salah satu penjaga gol yang paling dihormati di dunia.

Tetapi impian Lloris berubah menjadi mimpi ngeri selepas dia melakukan kesalahan itu pada 24 Ogos lalu.

Tabloid Daily Mail berkata Lloris mencatatkan 100 mikrogram alkohol setiap 100 mililiter dalam pemeriksaan polis.

Jumlahnya sangat tinggi, walaupun tahap alkohol bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, jantina dan metabolisme. – AFP