Prestasi suku pertama Allianz kukuh

BERLIN, 14 Mei – Syarikat insurans Jerman Allianz berkata hari ini ia menjangka memenuhi ramalannya untuk tahun 2019 selepas menyiarkan angka suku pertama yang bertambah baik.

“Allianz mencatat keputusan yang kukuh dalam suku pertama yang mendorong kumpulan itu memenuhi sasaran tahun penuh 2019, meskipun pergolakan ekonomi dan politik,” kata ketua eksekutif Oliver Baete dalam satu kenyataan.

Pendapatan bersih kumpulan yang berpangkalan di Munich itu meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 1.97 bilion euro sementara divisyen pengurusan asetnya melihat prestasi operasi merosot disebabkan pelaburan untuk pertumbuhan.

Jualan bertambah sebanyak 9.1 peratus kepada 40.3 bilion euro, didorong terutamanya oleh segmen insurans nyawa dan kesihatan yang bertumbuh hampir 13 peratus kepada 19.3 bilion euro, sejajar dengan segmen harta dan kemalangan, dengan jualan meningkat kepada 19.5 bilion euro.

Keuntungan operasi meningkat sebanyak 7.5 peratus tahun-ke-tahun kepada 2.96 bilion euro, sebahagiannya disebabkan pertambahan 14 peratus dalam segmen harta-kemalangan.

Syarikat insurans itu menyasarkan keuntungan operasi sebanyak 11.5 bilion euro untuk tahun 2019, dengan margin 500 juta euro lebih atau kurang bergantung pada peristiwa, krisis atau bencana semula jadi. – AFP