Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PRG, JPC meterai perjanjian

    KUALA LUMPUR, 17 Julai – PRG Holdings Bhd menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Jiangsu Provincial Construction Group Co., Ltd (JPC) dari China untuk menjalankan aktiviti infrastruktur, hartanah dan pembinaan secara bersama di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

    Mengikut perjanjian itu, PRG akan menyediakan peruntukan bagi projek pembangunan infrastruktur, pembinaan, pembiayaan dan hartanah.

    Sementara JPC pula akan melabur, membiayai serta bertanggungjawab melaksanakan, membina, menyiapkan dan mematuhi terma serta syarat projek/kontrak yang diperolehi PRG.

    Dalam kenyataan di sini hari ini, PRG berkata, perjanjian itu adalah seiring model perniagaan syarikat untuk membentuk usaha sama dengan rakan kongsi strategik yang berpengalaman dalam projek pembangunan hartanah dan pembinaan, sesuai dengan strategi dan keupayaan perniagaan PRG.

    PRG terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah, pembinaan dan pembuatan.

    Pengarah Urusan Kumpulan PRG, Datuk Lua Choon Hann berkata, “langkah korporat berkenaan juga akan memberi peluang untuk kami mempelbagaikan aliran perolehan syarikat.”

    JPC, yang ditubuhkan pada 1956 merupakan satu daripada perintis industri pembinaan di China dan secara langsung berada di bawah Biro Pembinaan Wilayah Jiangsu. Ia ketika ini adalah anggota Greenland Group.

    Setakat ini, JPC mempunyai anggaran nilai pengeluaran tahunan hampir 30 bilion renminbi (kira-kira RM19 bilion) dan aset keseluruhan 15 bilion renminbi (kira-kira RM10 bilion). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda