Prihatin dengan rakan seliaan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd dan City Neon Displays & Construction Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada rakan seliaan yang memerlukan, kelmarin.

Majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di rumah reintegrasi di Gadong tersebut telah dilakukan secara pandu lalu bagi mengelakkan perkumpulan ramai serta memastikan penjarakan sosial sentiasa dipraktikkan.

Program berkenaan merupakan program berkebajikan yang dilaksanakan dengan penglibatan rakan-rakan strategik dan pihak yang berkepentingan Bahagian Reintegrasi dalam sama-sama membantu mereka yang memerlukan dan dihasratkan dapat mengurangkan stigma terhadap rakan seliaan.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Lim Tiong Han @ Lim Peh Beng dari Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd dan Dato Ting Jack Chai dari Cityneon Displays & Construction Sdn Bhd.

Sumbangan disampaikan secara kaedah pandu lalu.