Prihatin nasib rakan seperjuangan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Demi mengeratkan silaturahim dan mengambil berat akan kebajikan rakan seperjuangan, lapan bekas anggota Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei (ABDB), hari ini, membuat kunjungan ke kediaman seorang rakan lama untuk
menghulurkan sumbangan.

Sekalipun sudah bersara, hubungan seperti bersaudara itu terus dikukuhkan lagi dengan adanya kunjungan rombongan bekas anggota berkenaan yang diketuai oleh PW 1 (B) Haji Esmit bin Haji Ibrahim kepada 6499 Sld Ramli Metussin yang ketika ini berdepan masalah kurang penglihatan.

Kunjungan itu merupakan inisiatif kumpulan pengambilan ke-50 berkenaan untuk menjalin hubungan mesra dan kenangan suka duka bersama rakan-rakan semasa berkhidmat sebagai anggota ABDB.

Haji Esmit mengetuai rombongan menghantar sumbangan kepada bekas anggota ABDB yang mengalami masalah kesihatan.