Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Prihatin pelajar anak yatim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Dalam kegembiraan menyambut kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Kampung Mentiri tidak melupakan anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah berkenaan.

    Hasil daripada perundingan Guru Besar, Pengiran Rafidah binti Pengiran Haji Metahir dengan guru-guru, pihak sekolah telah mengadakan kutipan derma khas untuk anak-anak yatim bagi sama-sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Derma dan Sumbangan Anak-anak Yatim sempena Bulan Ramadan 1443H/2022M telah diadakan di sekolah berkenaan secara pandu lalu pada 16 April lalu.

    Sumbangan disampaikan oleh Pengiran Rafidah kepada anak-anak yatim pada majlis itu.

    Beliau berharap majlis seumpama itu akan diadakan secara berterusan dan menjadi tradisi sekolah.

    Pengiran Rafidah menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim. – Gambar serahan SU PAP ‘Azemah Ni’matul Bolkiah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -