KAHERAH – Syarikat-syarikat terkemuka China telah berkesudian untuk menghantar ratusan kotak yang berisi makanan kepada golongan individu yang memerlukan dalam sebuah acara majls amal berbuka puasa yang diadakan di Daerah Maadi, di mana penduduk setempat berpeluang untuk menikmati rasa kegembiran di bulan suci Ramadan ini.
Lebih 250 kotak yang berisi makanan telah diagihkan dan 400 orang penduduk setempat juga turut menyertai acara iftar yang merupakan majlis berbuka puasa di kalangan orang Islam dalam bulan Ramadan ini.
Sementara itu, lebih dari 2,000 kotak bekalan lain dan 5,000 bekalan makanan turut dijangka diedarkan dalam tempoh masa 15 hari di seluruh Mesir merangkumi wilayah Kaherah, Giza, Fayoum, Beni Suef dan Aswan.


Acara itu dianjurkan besama oleh Kedutaan China di Mesir dan Dewan Perdagangan China, sebuah kumpulan persatuan firma China yang beroperasi di Mesir atas kerjasama dengan Persatuan Pembangunan Bersepadu Mesir.
Ketua Persatuan Pembangunan Bersepadu Mesir, Hanaa Ismail menjelaskan kepada Xinhua bahawa acara ini merupakan tahun keempat bagi organisasi itu untuk menganjurkan acara yang seumpama sekali gus menjelaskan bahawa syarikat dari China telah mendermakan sekitar AS$33,580 pada tahun ini.
“Acara ini telah dianjurkan dengan cukup teliti dalam memastikan setiap individu yang menghadirinya akan berasa gembira. Kami menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan China dan terus berharap agar koperasi di antara Mesir dan China ini akan kekal berterusan,” jelas Hanaa. – Xinhua