SERRE-CHEVALIER, Perancis, 20 Julai – Bekas juara lompat ski, Primoz Roglic mencatatkan kejayaan solo di atas pergunungan peringkat ke-17, sejauh 183km dalam Tour de France semalam.
Chris Froome berada di tangga ketiga untuk melanjutkan pendahuluannya kepada 27 saat ketika Rigoberto Uran berada di tangga kedua dan Fabio Aru jatuh ke tangga keempat, dengan Romain Bardet kekal di tangga ketiga.
Roglic, 27, dari Slovenia adalah juara lompat ski dunia junior pada 2007 tetapi bertukar bidang kepada perlumbaan basikal pada 2012.
“Saya mengimpikannya beberapa kali, untuk memenangi peringkat,” kata Roglic, yang teman wanita dan keluarganya berada di garisan penamat Jelajah ‘Queen Stage’, yang bermula di La Mure.
“Ia adalah gila, luar biasa. Tidak terdapat kata-kata. Buat masa sekarang saya tidak dapat membayangkan perasaan ini. Mungkin kemudian saya akan tahu bagaimana besarnya kejayaan itu,” tambahnya sebelum meniru pendaratan lompatan ski ketika dia menaiki podium kemenangan.

Dia adalah sebahagian daripada 33 penunggang yang berpisah dari kumpulan menjadi enam penunggang apabila Roglic membuat pecutan solo 6.4km dari puncak kategori Col du Galibier, yang mana lebih dari 2,600 meter di atas paras laut, merupakan kedudukan tertinggi dalam Jelajah tahun ini.
Dia sampai ke puncak, 28km dari penyudah Serre-Chevalier, dengan pendahuluan lebih seminit setengah.
Dalam penurunan, Roglic dengan mudah mendahului sementara kumpulan pengejar seramai lima penunggang mengekori, termasuk Froome.
Tetapi Aru dari Itali, yang memulakan perlumbaan di tangga kedua dengan 18saat, ketinggalan dengan pecutan dari Bardet hanya sebelum kemuncak Galibier dan hilang 31saat.
“Saya kehilangan (masa) dan saya tidak gembira,” kata penunggang dari Astana itu, yang sekarang ketinggalan 53saat di belakang. – AFP