Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Priscilla Presley akui sukar jadi isteri Elvis Presley

    Berkahwin dengan ‘King of Rock’ di usia yang muda bukan satu perjalanan yang mudah buat isteri kepada penyanyi Elvis Presley iaitu Priscilla Presley.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Priscilla mengakui dia melalui permulaan yang sukar disebabkan pelbagai spekulasi timbul selepas mereka berkahwin.

    Dituduh hamil sebelum berkahwin, Priscilla berkata dia akhirnya memilih untuk tidak lagi membaca surat khabar dan majalah atas nasihat suaminya.

    “Permulaan perkahwinan sangat sukar, tapi saya tahu apa yang saya akan lalui sebab saya lihatnya ketika di usia yang muda.

    “Sejak itu, saya tidak lagi membaca surat khabar atau majalah di pasaraya. Memang sukar untuk diri diterima, tapi dia selalu beritahu saya ‘jangan fokus, dengar dan lihat tabloid’.

    “Saya dapati betapa jahatnya orang… ada khabar angin kata saya hamil, dan itulah sebabnya dia berkahwin dan saya berkata, ‘Ya Tuhan, ini tidak baik untuk saya’,” katanya.

    Priscilla berkongsi perkara tersebut bagi promosikan dokumentari Elvis Biopic yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

    Untuk rekod, Priscilla bertemu Elvis dan mula bercinta ketika dia berusia 14 tahun manakala penyanyi terkenal itu 24 tahun. – Agensi

    Priscilla mengakui dia melalui permulaan yang sukar disebabkan pelbagai spekulasi timbul selepas mereka berkahwin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...