Priyanka cetus spekulasi bakal bercerai

Aktres Bollywood Priyanka Chopra tiba-tiba menjadi bualan hangat apabila dia bertindak membuang nama keluarga (surname) Nick Jonas daripada biografi Twitter dan Instagramnya pada Isnin.

Perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet yang akhirnya mencetuskan spekulasi pasangan romantik ini bakal bercerai.

Tidak lama selepas spekulasi perpisahan mereka, Priyanka meninggalkan komen romantik di siaran video suaminya. Menerusi video hitam putih yang dimuat naik memaparkan Jonas sedang melakukan senaman di hadapan cermin.

“Motivasi Isnin, mari dapatkannya,” kata Jonas pada kapsyen.

Tidak lama kemudian, Priyanka menulis komen romantik yang secara tidak langsung menepis komen pasangan ini berada dalam masalah.

“Saya mati dalam pelukan awak,” tulisnya bersama emoji mata hati.

Namun sehingga sekarang tidak jelas mengapa Priyanka menghapuskan nama Jonas daripada akaun media sosialnya.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas pasangan berkenaan meraikan hari Diwali pertama mereka bersama-sama dengan beberapa tetamu selebriti seperti John Legend dan Chrissy Teigen.

Priyanka Chopra dan Nick Jonas bercinta pada Mei 2018 dan secara rasmi bertunang dalam upacara Punjabi Roka di Dubai pada Ogos 2018 sebelum berkahwin pada 1 Disember 2018. – Agensi

Tindakan Priyanka membuang nama Nick Jonas di laman sosial cetus tanda tanya. – Agensi