Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Priyanka dan Nick kongsi nama anak

    Pasangan Priyanka Chopra dan suami Nick Jonas mengumumkan nama anak perempuan mereka yang lahir melalui kaedah ibu tumpang sebagai Malti Marie Chopra Jonas yang kini berusia empat bulan.

    Memetik laporan TMZ yang pertama kali melihat sijil kelahiran anak damit berkenaan, Malti dilahirkan pada 15 Januari 2022, jam 8 malam di sebuah hospital di San Diego, California.

    Menurut Tribune India, Malti bermaksud bunga yang wangi dan kecil atau cahaya bulan dalam bahasa Sanskrit.

    Sumber dari People memaklumkan pasangan tersebut sudah tidak sabar menjadi ibu dan bapa, mereka sangat gembira. Nick dan Priyanka sudah lama inginkan seorang anak damit,” jelasnya.

    “Kini momen yang menggembirakan buat mereka, dan mereka bersedia berdepan cabaran sebagai ibu bapa. Ini yang mereka mahukan dan inilah masanya untuk membesarkan anak mereka,” tambah sumber itu lagi.

    Priyanka Chopra dan suami Nick Jonas mengumumkan nama anak perempuan mereka yang lahir melalui kaedah ibu tumpang sebagai Malti Marie Chopra Jonas. – Agensi

    Namun, gambar anak damit perempuan tersebut masih belum dikongsi untuk tatapan umum. Januari lalu, Chopra dan Jonas mengejutkan peminat dengan berita kelahiran anak mereka.

    “Kami gembira untuk mengesahkan bahawa kami menyambut kelahiran seorang anak damit melalui ibu tumpang,” tulis Chopra di akaun Instagram miliknya.

    “Kami memohon untuk waktu privasi sepanjag tempoh ini bagi memberi tumpuan pada keluarga kami,” jelasnya.

    Chopra dan Jonas bersatu di dalam sebuah majlis gilang-gemilang pada Disember 2018. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...