Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Priyanka pernah gagal pembedahan hidung

    Beberapa artis India secara terbuka mengaku melakukan pembedahan plastik, antaranya Priyanka Chopra.

    Isteri Nick Jonas mengaku pernah menjalani pembedahan plastik pada hidungnya.

    Priyanka Chopra dikenali sebagai salah seorang pelakon India yang seksi. Bukan sahaja perwatakannya, dia juga terkenal menerusi lakonannya yang memukau. Inilah yang membawanya melonjak ke Hollywood.

    Namun siapa sangka, sebelum dia terkenal seperti sekarang, dia mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di bahagian hidungnya.

    Tanpa diduga, pembedahan hidung Priyanka Chopra gagal. Dia serta-merta tertekan dan takut. Bukan itu sahaja, wajahnya tidak dikenali keluarga kerana hidungnya senget dan mukanya bengkak dan lebam.

    Malah, Priyanka mengakui dia mengalami kesukaran bernafas kerana pembedahan hidung yang gagal dan hampir putus batang hidungnya.

    Kesukarannya dengan pembedahan plastik hidungnya yang gagal berlarutan untuk masa yang lama.

    Priyanka Chopra sangat kecewa dan media India ketika itu malah menggelarnya sebagai ‘Plastic Chopra’. – Agensi

    Priyanka mengakui dia mengalami kesukaran bernafas kerana pembedahan hidung pertamanya gagal dan hampir putus batang hidungnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...