Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PRK, polis Sandakan terima tiga laporan

    SANDAKAN, 1 Mei – Polis menerima tiga laporan dan membuka dua kertas siasatan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan setakat ini sejak tempoh berkempen bermula pada 27 April lepas.

    Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

    “Sebanyak 65 permit telah dikeluarkan kepada calon yang bertanding untuk mengadakan ceramah umum,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

    Mohd Azhar juga turut menasihatkan setiap calon supaya mematuhi peraturan dan undang-undang serta syarat dalam permit yang telah diluluskan.

    “Berkempenlah secara matang dan profesional jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat seperti menghasut, melakukan khianat terhadap bahan-bahan kempen,” katanya.

    Buat masa ini lebih 1,000 anggota telah ditempatkan untuk memastikan proses PRK berjalan lancar dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dan hari mengundi pada 11 Mei. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda