Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

PRN: Penerbangan Miri ke Lawas, Limbang ditambah

-

MIRI, 3 DIS – Kekerapan penerbangan dari Miri ke Lawas dan Limbang akan ditambah ekoran rungutan daripada pengguna yang menghadapi kesukaran mendapatkan tiket laluan udara ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kekerapan penerbangan di Sarawak akan bertambah bermula 11 hingga 31 Dis ini melibatkan sebanyak 307 penerbangan.

“Saya sudah mengarahkan Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) mengkaji situasi ini kerana kita perlu menambah bilangan penerbangan (ke Lawas dan Limbang) dan meningkatkan kebolehcapaian orang ramai dari satu tempat ke tempat yang lain,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan bangunan baharu Pejabat Laut Miri, Jabatan Laut Wilayah Sarawak di sini, hari ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -