PRN Sabah: Kerajaan Sabah sedia bantu langkah pencegahan

KOTA KINABALU, 18 OGOS – Kerajaan Negeri Sabah sedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan langkah pencegahan COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yang ditetapkan pada 26 September.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya menyediakan 10 juta pelitup muka dan cecair pencuci tangan untuk kegunaan pada PRN Sabah, selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) cegah pandemik itu dilaksanakan dengan lancar. – Bernama