PRN Sabah: Polis Sarawak bantu jika perlu

TAWAU, 28 OGOS – Polis Sarawak akan dihantar sekiranya ada keperluan untuk membantu memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata polis Sabah akan menentukan bilangan anggota bertugas yang diperlukan pada proses PRN nanti.

“Terpulang kepada Sabah sekiranya memerlukan bantuan, anggota paling dekat yang boleh dihantar ialah dari Sarawak dan sekiranya perlu lagi (tambahan) dari Semenanjung juga akan dihantar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini sempena lawatan Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara di Sabah. Menurut Huzir, elemen lain dalam PDRM akan turut membantu memperkukuhkan kawalan keselamatan sepanjang proses PRN Sabah itu nanti. – Bernama