PRN Sarawak: 83 peratus keluar undi

KUCHING, 14 DIS – Sejumlah 83 peratus anggota keselamatan dan pasangan telah keluar mengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak setakat petang ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah itu dicatatkan sehingga pukul 2 petang, selepas pusat mengundi awal dibuka bermula 7.30 pagi.

Tinjauan Bernama di lokasi pengundian awal mendapati proses berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha antara yang terawal melaksanakan tanggungjawab mengundi di hari pengundian awal PRN12 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di Kota Samarahan.- Bernama