Pro stand bernilai AS$999

Apple di Worldwide Developers Conference (WWDC) 2019 yang telah berlangsung baru-baru ini telah pun memperkenalkan Pro Display XDR, paparan LCD bersaiz 32″.

Ia merupakan paparan Retina 6K (6016 x 3384 pixels) yang dilengkapi dengan teknologi oxide TFT terkini dengan kadar cerahan maksimum 1000nits.

Malah Apple menyatakan bahawa Pro Display XDR sebagai paparan profesional terbaik di dunia.

Menjadikannya lebih menarik adalah harganya yang bernilai dari AS$4,999 yang jauh lebih murah berbanding paparan profesional yang ditawarkan untuk para profesional video ketika ini.

Walaubagaimanapun, bukan harga Pro Display XDR yang menyebabkan peminat Mac marahkan Apple, sebaliknya adalah penegak bagi paparan tersebut, Pro Stand.

Ini kerana, Pro Display XDR tidak disertakan sekali bersama penegaknya.

Sebaliknya pengguna terpaksa membeli penegak Pro Stand tersebut secara berasingan yang berharga AS$999.

Kebanyakan daripada mereka tidak berpuas hati atau dapat menerima harga jualan penegak paparan tersebut.

Walaupun ramai yang mengkritik tentang harga Pro Stand tersebut, tetapi perlu difahami bahawa sasaran Apple untuk pengguna Pro Display XDR bersama Pro Stand adalah lebih terarah kepada pengguna profesional seperti syarikat-syarikat utama yang bergiat aktif dalam industri kreatif. – Agensi

Pro Display XDR tidak disertakan sekali bersama penegaknya. Sebaliknya pengguna terpaksa membeli penegak Pro Stand tersebut secara berasingan yang berharga AS$999. – Agensi
SAHAM
TerdahuluPeluang erat silaturahim
SeterusnyaBrazil laung amaran