Prodigi Kanada berbisa

BERLIN, 12 JUN – Prodigi Kanada, Felix Auger-Aliassime meneruskan musim cemerlangnya di Stuttgart semalam, menewaskan veteran dari Latvia, Ernests Gulbis 7-5, 6-3 bagi merekodkan kemenangan jelajah ATP pertamanya di atas permukaan rumput.

Pemain berusia 18 tahun itu kelihatannya sukar ditewaskan ketika servis apabila dia dengan mudah mengatasi Gilbis dengan straight sets bagi meneruskan musim luar biasanya, di mana dia telah melonjak naik ke ranking 21 dunia.

“Saya terkejut kerana saya fikir ia lebih sukar.” – AFP