Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Produk ECUSHOP khas untuk Nissan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Nissan Brunei dan Auto-Magination Services bekerjasama untuk mengadakan acara pandu uji dan promosi bersama bagi barisan produk ECUSHOP khusus untuk pelanggan-pelanggan kenderaan jenama Nissan.

    Menerusi kerjasama itu, orang ramai khususnya pelanggan Nissan akan berpeluang menguji sendiri manfaat serta fungsi istimewa produk ECUSHOP bagi model-model khusus Nissan.

    Pada masa yang sama, mereka juga berpeluang menyaksikan sendiri manfaat ciri-ciri istimewa ECUSHOP yang dapat dikendalikan dengan mudah serta diaktifkan melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun.

    Bagi Nissan Almera Turbo, ia adalah serasi dengan ECUSHOP Power Box yang memberikannya prestasi lebih baik dan menarik serta mengetengahkan pelbagai ciri keselamatan seperti Eco-Mode untuk menjimatkan minyak dan Anti-Slip Mode khusus bagi pemandu-an semasa cuaca hujan atas keadaan jalan raya yang basah.

    Sementara itu, Nissan Urvan akan dilengkapkan dengan ECUSHOP Junior Smart yang mempunyai ciri tuning box yang boleh menyelaras tempoh fuel injection dengan tiga mod tuning yang disediakan melalui suis kawalan yang disediakan.

    Nissan Brunei dan Auto-Magination Services bekerjasama untuk memperkenalkan barisan produk ECUSHOP bagi model-model khusus Nissan semasa tempoh promosi.
    Produk ECUSHOP Boost Speed Next bagi Nissan Navara Pro 4X dan Nissan Terra.

    Pada masa yang sama, ia membantu untuk meningkatkan fuel injection timing dengan meningkatkan kuasa kuda sehingga lebih 50.

    Manakala itu, Nissan Navara Pro 4X dan Nissan Terra adalah serasi dengan ECUSHOP Boost Speed Next di mana ia mengetengahkan kawalan pemecutan dan respons pendikit pintas iaitu amat sesuai bagi kenderaan diesel.

    Ia mengetengahkan empat mod berlainan iaitu Eco-Mode yang membolehkan pengguna untuk menetapkan kelajuan maksimum, Anti-Slip Mode yang mengurangkan kuasa enjin bagi keadaan licin, Anti-Theft Mode yang mengunci secara elektronik pedal pendikit menggunakan kata kekunci unik serta Ramble Mode yang memperbaiki bunyi idling.

    Kolaborasi strategik berkenaan membolehkan pelanggan mengenali dan mengalami sendiri pentingnya ciri-ciri keselamatan Intelligent Mobility menerusi teknologi dan kenderaan inovatif.

    Oleh itu, orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke Dewan Pameran Nissan semasa acara pandu uji bermula kelmarin hingga penghujung Julai di mana setiap pelanggan yang ingin memandu uji serta mendapatkan maklumat lanjut semasa tempoh berkenaan akan membawa pulang baucar Auto-Magination.

    Di samping itu, pelanggan yang berjaya untuk mendaftarkan kenderaan Nissan Almera Turbo S, Nissan Urvan, Nissan Navara Pro 4X atau Nissan Terra 2WD semasa promosi berkenaan akan layak untuk menerima sebuah booster ECUshop mengikut model dan varian masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...