Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Produk makanan laut premium untuk pasaran brunei

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Produk premium makanan laut berjenama Kuhlbarra, iaitu ikan barramundi yang dipelihara di laut dan dihasilkan di Brunei kini akan lebih mudah diperoleh di pasaran negara ini khususnya Pasar

    Raya Supa Save, dengan penandatanganan perjanjian pengedaran antara Ben Foods (B) Sdn Bhd dan Barramundi Group (B) Sdn Bhd.

    Perjanjian bagi pengedaran produk itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau bagi pihak Ben Foods dan Barramundi Group yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, James Kwan pada majlis di Restoran Anjung Saujana, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.

    Pelantikan Ben Foods sebagai pengedar tunggal sah bagi produk Kuhlbarra di Brunei Darussalam akan mengembangkan lagi keberadaan Kuhlbarra dalam pasaran bagi produk-produk makanan laut yang semakin meningkat dan selaras dengan matlamat Ben Foods yang memberikan penekanan kepada produk-produk makanan laut premium.

    Kuhlbarra merupakan nama jenama ikan barramundi kumpulan berkenaan yang dibesarkan di laut dan secara lestari, di mana ia dihasilkan di Brunei.

    ATAS & BAWAH: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau dan Ketua Pegawai Eksekutif Barramundi Group, James Kwan menandata-ngani dan bertukar-tukar dokumen perjanjian bagi pengedaran produk jenama Kuhlbarra di seluruh Brunei.

    Albert Lau dan James Kwan bergambar ramai bersama warga pengurusan kedua-dua belah pihak pada majlis penandatanganan perjanjian di Anjung Saujana.

    Sebahagian isi ikan barramundi.

    Kuhlbarra dalam tempoh lebih 15 tahun telah berjaya memasuki restoran-restoran bertaraf Michelin dan selebriti serta cef terkenal termasuk lebih 1,600 buah restoran, hotel dan kedai di serata dunia.

    Terdahulu, James Kwan dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa penandatanganan perjanjian pengedaran itu adalah amat penting setelah perbincangan mengenainya telah diusahakan selama lebih tiga tahun.

    Beliau menerangkan bahawa sebelum ikan barramundi dapat sampai di pasar raya Supa Save atau pelanggan Ben Foods, mereka perlu membina tapak semaian canggih, Recirculating Aquaculture System (RAS) dan ladang ternakan laut di Brunei untuk menyimpan, memelihara dan membesar ikan-ikan berkenaan selama lebih 10 bulan.

    Semua itu, ulasnya, adalah untuk memastikan kualiti dan kesegaran produk Kuhlbarra dan percaya rakyat Brunei akan menyukainya.

    Sementara itu, dalam temu bual selepas penandatanganan perjanjian berkenaan, James Kwan menerangkan walaupun jenama Kuhlbarra dikenali di serata dunia, ia masih satu jenama yang baharu di Brunei.

    Kerjasama dengan Ben Foods adalah amat strategik kerana Ben Foods merupakan syarikat terkemuka di Brunei. Ben Foods juga adalah jenama premium, amat bersesuaian dengan produk premium barramundi, tambah beliau.

    Mengulas mengenai harapan daripada perjanjian itu, James menyatakan kedua-dua belah pihak mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk memberikan produk barramundi terbaik dan mapan kepada pelanggan di Brunei yang dihasilkan di sini mengikut standard antarabangsa.

    Hasrat mereka adalah untuk menjadikan produk berkenaan lebih mudah untuk diakses atau didapatkan oleh semua termasuk cef dan orang ramai untuk menikmati produk premiumnya.

    James seterusnya berkata, “Kami amat berbangga dengan fakta bahawa Kuhlbarra di Brunei menawarkan 100 peratus barramundi yang dihasilkan di Brunei dan lebih pen-ting, ia dihasilkan oleh pasukan majoriti orang Brunei, lebih 80 peratus pasukan kami adalah warga tempatan.

    “Pasukan ini menghasilkan ikan secara mampan, mema-tuhi piawaian antarabangsa tertinggi dan dengan perkongsian ini, ia kini tersedia untuk setiap rumah dan tukang ma-
    sak Brunei,” tambahnya.

    “Selain Kuhlbarra, kami juga bekerjasama secara langsung dengan Ben Foods untuk produk sup Fassler dan salmon salai kami, yang sudah boleh didapati di Pasar Raya Supa Save. “Kami berhasrat untuk mengembangkan lagi dan menyediakan rangkaian produk
    Fassler yang lebih meluas dalam masa terdekat,” katanya.

    Kwan menambah “Sebagai pengeluar barramundi yang terunggul di Singapura, Australia dan Brunei, kami berbangga dan berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan jenama premium seperti Ben Foods. Kami mengalu-alukan kerjasama lebih erat dan memperkenalkan lebih banyak jenama serta produk makanan laut lain pada masa akan datang.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...