Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Anak tempatan semakin ramai yang menceburi bidang perniagaan setelah menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman dan sebahagiannya menjalinkan kerjasama mengeluarkan produk dan jenama makanan suplemen ke pasaran negara ini.
Salah seorang daripadanya ialah pemilik syarikat RNA Ar Rizq Enterprise, Dayang Nadzirah binti Jailani yang menjual dan mengedarkan produk makanan suplemen diberi nama CFA (syifa).
Ketika ditemu bual, Dayang Nadzirah menyatakan produk tersebut merupakan produk suplemen makanan bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Ia mengandungi gabungan bahan-bahan alami seperti Habatus Sauda, madu, kismis, kura, buah delima, buah tin dan banyak lagi yang kebanyakan.
Menurutnya, produk itu bagaimanapun bukan ubat, tetapi le-bih kepada makanan tambahan dan diperkenalkan ke pasaran negara ini pada 1 November 2021 lalu serta mendapat sambutan positif daripada pelanggan.
Menurutnya, produk dikilangkan di Malaysia itu juga menggunakan teknologi nano yang canggih, mengekstrak bahan-bahan alami dengan baik.
Beliau turut melahirkan harapan agar dapat mengembangkan perniagaan produk tersebut ke peringkat antarabangsa.