Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Produk Nacho tiada sijil halal

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Produk Nacho Cheese, Mild Salsa, Hot Salsa dan Medium Tomato Salsa jenama Doritos telah didapati mengandungi spirit vinegar dan white wine vinegar, jenis-jenis cuka diperbuat daripada alkohol (minuman keras) yang dilarang untuk dimakan atau diminum oleh umat Islam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini, pemeriksaan adalah berikutan aduan daripada orang ramai mengenai produk-produk tersebut. Perkara itu juga dirujuk kepada syarikat pengeluar produk iaitu Walkers Snack Food Ltd (UK) yang mengesahkan bahawa tiada pensijilan halal dikeluarkan ke atas produk berkenaan.

    Oleh itu, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Hal Ehwal Syariah telah pun mengarahkan pemilik premis untuk mengasingkan semua produk berkenaan dengan serta-merta ke tempat atau ruang, Non-Halal Section, yang tidak terdedah daripada penjualan awam. Semua pengimport, pasar raya dan kedai di negara ini juga dinasihatkan supaya melakukan pengasingan dengan serta-merta jika terdapat produk sama diedarkan dan dijual di premis masing-masing.

    Sehubungan itu, KHEU mengingatkan pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk import dijual kepada orang ramai dan memastikan produk-produk yang halal tidak bercampur dengan yang tidak halal.

    ATAS & BAWAH: Produk Nacho jenama Doritos yang dikesan mengandungi cuka yang dilarang dimakan oleh umat Islam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...