Tuesday, May 20, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk pertanian bawah tanah sumber bekalan restoran di London

    LONDON – Di bawah jalan di salah sebuah kawasan di selatan London, terdapat sebuah tempat perlindungan bawah tanah (zaman peperangan) yang telah dijadikan sebagai sebuah ladang perintis bandaraya yang membekalkan bekalan untuk pasar raya dan restoran-restoran di ibu negara berkenaan.

    Tempat perlindungan Perang Dunia II di Clapham – yang boleh melindungi sehingga 8,000 orang di dalamnya daripada terkena bom serangan Nazi Jerman – mempunyai dua terowong besar yang bertujuan untuk menjadi kawasan lanjutan London Underground suatu hari nanti.

    Hakikatnya itu tidak pernah berlaku dan tempat perlindungan itu hanya dibiarkan terbengkalai selama 70 tahun sehinggalah dua usahawan Steven Dring dan Richard Ballard memutuskan untuk mengusahakan penanaman brokoli, ketumbar, fennel dan sayur-sayur lainnya yang juga dipanggil sebagai ‘daun mikro’ atau ‘herba mikro’, ditanam dari benih namun dituai awal apabila daun pertamanya terbentuk.

    “Kita perlu mewujudkan ruang subur baru” untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada penduduk global yang semakin meningkat, kata Dring kepada AFP semasa lawatannya ke tapak “Growing Underground” – kira-kira 33 meter (108 kaki) di bawah jalan.

    Kakitangan memakai pakaian pelindung. Di dalamnya mempunyai bau sayur-sayuran yang sangat kuat dan ruangannya begitu lembap. Sayur-sayuran ditanam dengan hidroponik, menggunakan nutrien di dalam sebuah pelarut air dan bukannya tanah.

    Tapak perlindungan bawah tanah lama yang kini telah dijadikan sebagai projek pertanian bandar, ‘Growing Underground’. – AFP
    Seorang pekerja membawa kotak sayur salad-hijau mikro dari lif projek pertanian bandar, ‘Growing Underground’, di Clapham, selatan London. – AFP
    Steven Dring memeriksa tumbuh-tumbuhan. – AFP

    Teknik ini juga boleh digunakan untuk menanam pelbagai hasil tanaman termasuklah tomato dan anak lada, kata Dring. Satu-satunya bahan lain yang diperlukan adalah cahaya. Terowong itu tidak mempunyai cahaya semulajadi dan diterangi dengan lampu LED merah jambu, memberikannya suasana futuristik.

    Keintensifan perubahan cahaya tersebut adalah untuk menyerupai waktu siang, tetapi dengan satu perbezaan utama – lampu dimalapkan pada siang hari dan bersinar terang pada waktu malam.

    “Kami menanam tumbuh-tumbuhan mikro secara besar-besaran, yang merupakan tumbuhan biasa, dari biji yang berbeza.

    “Tapi apa yang kami lakukan ialah kami membesarkannya pada tahap yang sangat kecil, sebelum daun pertama mula keluar,” kata Dring.

    Tumbuhan Brokoli mikro mengambil antara tiga dan lima hari untuk tumbuh sebelum dibungkus di tempat perlindungan dan dihantar. Pembelinya sangat teruja dengan rasa intensiti yang dihasilkan itu.

    Pelanggan-pelanggannya termasuklah Marks and Spencer yang menawarkan penghasilannya di beberapa pasarayanya, beberapa gerai di London’s Borough Market dan restoran-restoran lainnya – yang dibantu oleh cef selebriti Michel Roux Jr dari Le Gavroche.

    Ketumbar ditanam di bawah lampu LED di ‘Growing Underground’. – AFP
    Seorang pekerja mengalihkan dulang tanaman. – AFP
    Pengasas projek ‘Growing Underground’, Steven Dring (kanan) dan pengurus tanaman, Daniel (tengah) memeriksa tanaman yang ditanam di ‘Growing Underground’, Clapham, selatan London. – AFP

    Dring dan Ballard juga mencuba konsep penanaman menegak – menghasilkan makanan dalam beberapa lapisan secara menegak – yang dibangunkan oleh ahli biologi AS, Dickson Despommier, dalam bukunya ‘The Vertical Farm: Feeding the World in the 21st Century’.

    Operasi ini menggunakan kira-kira 200 meter (656 kaki) dari 1,000 meter yang tersedia di dalam terowong tersebut, separuhnya digunakan untuk penanaman sementara separuhnya lagi digunakan untuk pembungkusan.

    Permintaan mereka untuk menggunakan terowong ini di Clapham diambil perhatian oleh pemilik ruangan tersebut, syarikat pengangkutan awam London. Ladang jenis ini adalah “100 kali lebih murah” daripada menubuhkan ladang bandar di atas permukaan, kata Dring. Pelanggannya berkata mereka sangat gembira dengan hasil yang diperolehi.

    “Saya berpendapat bahawa cerita ini sangat hebat,” kata Charlie Curtis, seorang ahli agronomi di rangkaian pasar raya Marks and Spencer.

    “Saya berpendapat bahawa kita semua suka memikirkan makanan kita ini ditanam secara tempatan kepada kami, namun saya berpendapat produk ini boleh jual. Kualitinya hebat dan rasanya seperti sesuatu yang saya tidak pernah saya rasa sebelum ini,” katanya.

    Pakar mengatakan penanaman menegak dan cara moden ini boleh menjadi satu penyelesaian, bukan sahaja untuk menghadapi pertumbuhan penduduk bahkan juga peningkatan pembandaran seluruh dunia serta perubahan iklim.

    Alat pemantauan suhu, kelembapan dan C02 berada di ‘Growing Underground’. – AFP
    Biji sayuran hijau mikro diproses di dalam baldi yang dipenuhi air. – AFP
    Campuran salad pasaraya dengan label ‘sustainably grown’ berada di ‘Growing Underground’. – AFP

    Nottingham University’s Centre for Urban Agriculture berkata di laman webnya bahawa ladang-ladang perbandaran dan moden ini mewujudkan pekerjaan, mengurangkan kos pengangkutan dan pencemaran serta menawarkan “peluang pembangunan teknologi”.

    Projek ‘Growing Underground’ menghantar data kelembapan, suhu dan pertumbuhan tumbuhan ke Universiti Cambridge untuk mencuba dan meningkatkan kecekapan.

    “Apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah sebagai contoh bagi kami untuk membuat pilihan yang mana memberi satu persikataran optimum bagi setiap produk yang ada,” kata Dring.

    Setiap hari adalah sama di ladang bawah tanah dan tidak ada musim, atau cuaca British yang tidak menentu.

    “Kami mempunyai kawalan yang lebih banyak daripada penanam biasa … Apabila di musim sejuk, ia sejuk di bawah kaca, dan akan membawa anda 25 hari untuk pertumbuhan ‘red mustard’. Namun bagi kami, ia hanya memerlukan 10 hari untuk pertumbuhan ‘red mustard’,” kata Dring.

    Dia menambah: “Tiada apa yang boleh menghalangi kami sebagai cabaran terbesar, selain membina sebuah ladang bawah tanah London”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/