Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Produk salah guna label halal dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Sebanyak 11 produk Dapur Nenek Mama yang dijual di sebuah pasar raya didapati menyalahgunakan label halal Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dengan menggunakannya tanpa kebenaran.

    Dalam operasi pada 3 November lalu di pasar raya terbabit, pegawai-pegawai Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mendapati 11 jenis produk tempatan berjenama Dapur Nenek Mama itu dijual di bahagian chiller tidak mempunyai label halal MUIB yang sah dan telah dirampas untuk siasatan lanjut.

    Sehubungan itu, KHEU mengingatkan syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha di negara ini untuk tidak menggunakan Label Halal MUIB tanpa kebenaran bagi produk-produk mereka kerana ia adalah suatu kesalahan di bawah Bab 12(3)(a) Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005. 

    Kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi $8,000, atau penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

    BKMH bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan rondaan dan operasi bagi memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan di negara ini sentiasa dipatuhi. Di samping itu, KHEU mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai di atas maklumat berhubung perkara tersebut. 

    Pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang semasa melakukan pemeriksaan. – Gambar serahan BKMH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...