Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk suspensi berkualiti, tahan lama diperkenal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Dengan berbekalkan pengalaman menghasilkan produk prestasi tinggi kereta termasuk suspensi kereta, TEIN kini melancarkan siri produk suspensi kereta terbaharunya ke pasaran Brunei menerusi AutoMagination iaitu Siri EnduraPro khususnya Endura-Pro dan EnduraPro Plus yang berlangsung di AutoMagination, Tapak Perindustrian Lambak Kanan, hari ini.

    Hadir pada acara itu dan memperkenalkan siri produk suspensi kereta terbaharu keluaran TEIN ialah wakil-wakil dari TEIN iaitu Yasushi Furubayashi, Tomoaki Himeno dan Ayumu Kikuchi, Pengurus AutoMagination, Lim Jin Lee, pegawai dan kakitangan AutoMagination.

    Penolong Pengurus Bahagian Jualan TEIN, Tomoaki Himeno ketika memperkenalkan siri produk suspensi kereta TEIN terbaharu, EnduraPro menyatakan bahawa ia direka hasil daripada kajian mengenai pemanduan di pelbagai keadaan permukaan jalan raya bagi memastikan bahawa ia memberikan keselesaan, ketahanan tinggi dan boleh menetapkan keperluan pemanduan di atas pelbagai keadaan permukaan jalan raya.

    Beliau menerangkan bahawa pengalaman TEIN dalam menghasilkan suspensi kereta untuk kereta-kereta prestasi tinggi memberikan mereka pengalaman serta kepakaran untuk menghasilkan produk suspensi kereta yang sesuai bagi kegunaan pemanduan harian yang selesa dan tahan lama.

    Keunikan siri EduraPro, jelasnya lagi, ialah teknologi Hydraulic Bump Stopper (HBS) yang mengurangkan hentakan ketika pemanduan di atas pelbagai keadaan jalan raya.

    Sementara itu, Lim Jin Lee pula menyatakan bahawa suspensi kereta, EnduraPro sesuai digunakan bagi pelbagai jenis kereta daripada pelbagai jenama pengeluar kereta kerana ia merupakan siri suspensi kereta yang dikeluarkan khusus bagi kegunaan harian dengan mengetengahkan kualiti dan ciri-ciri terbaik yang dikenali ramai daripada produk keluaran TEIN.

    Lim Jin Lee (tiga, kanan), Yasushi Furubayashi (dua, kanan), Tomoaki Himeno (empat, kanan) dan Ayumu Kikuchi (empat, kiri) bergambar ramai bersama pegawai AutoMagination pada pelancaran siri produk suspensi kereta di Tapak Perindustrian Lambak Kanan.
    Suspensi kereta Siri EnduraPro, EnduraPro dan EnduraPro Plus TEIN yang kini dipasarkan di Negara Brunei Darussalam oleh AutoMagination.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda