Profesor China mengaku mengintip

BEIJING, 26 MAC – Seorang lelaki China yang dilaporkan bekerja sebagai profesor universiti di Jepun telah mengaku mengintip  dan sedang ditahan di negara asalnya, kata kementerian luar China hari ini.

Yuan Keqin disiasat kerana disyaki mengintip dan telah ‘mengaku melakukan jenayah itu”, kata jurucakap kementerian Geng Shuang pada taklimat media.

Beliau menjawab soalan daripada media mengenai seorang profesor di Universiti Pendidikan Hokkaido yang hilang selepas berkunjung ke China pada Jun lalu.

Yuan telah pulang untuk menghadiri pengebumian keluarga dan telah terputus hubungan sejak itu, lapor agensi berita Jepun pada Disember.

Geng tidak mengesahkan sebarang butir mengenai latar belakang Yuan tetapi berkata terdapat ‘bukti sahih’ mengenai kesalahan beliau, menambah kesnya telah dipindah kepada pihak berkuasa untuk dikaji semula dan didakwa.

Sekumpulan penyelidik Jepun telah mengeluarkan rayuan kecemasan untuk sarjana itu, yang mengkhusus dalam sejarah dasar Asia Timur, menurut Kyodo.

Seorang lelaki Jepun yang ditahan oleh Beijing, dilaporkan juga disyaki melaku pengintipan, dibebaskan dan pulang ke negara, kata pegawai kerajaan di Tokyo pada November lalu. – AFP