Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Program 2M1H galak budaya membaca Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Membaca Al-Quran Dua Muka Satu Hari (2M1H) yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.

    Program 2M1H julung kalinya diadakan oleh biro tersebut melalui inisiatif jawatankuasa tertinggi berserta ahli-ahlinya yang mana program berkenaan bermula pada awal Januari dan berakhir pada 28 Oktober lalu.

    Hadir selaku tetamu khas pada majlis itu ialah Penasihat Biro Wanita MPK Sengkurong B, Datin Hajah Rohanie binti Haji Ahmad yang turut memimpin membaca Surah Al-Fatihah.

    Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli Biro Wanita MPK Sengkurong B khususnya dan kaum wanita amnya membaca Al-Quran di samping menjadikan budaya membaca Al-Quran ini sebagai aktiviti dalam kehidupan seharian, selain memperbanyakkan amal ibadat menerusi pembacaan kitab suci berkenaan.

    Ia juga sebagai acara kemuncak program 2M1H dan seterusnya menarik minat setiap anggota biro untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran.

    Majlis yang disertai oleh 40 orang ahli itu dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat At-Tafrijiyyah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Biro Keagamaan, Hajah Rosnah@Osnah binti Haji Tamin.

    Manakala itu, Doa Khatam dibacakan oleh Hajah Rahimah binti Abas dan Doa Qunut Nazillah untuk Palestin dibacakan oleh Dayang Nazirah binti Azizan sementara Doa Selamat dibacakan oleh Hajah Kahidah binti Haji Salat.

    Program seumpamanya akan diteruskan pada setiap tahun sebagai salah satu aktiviti Biro Wanita MPK Sengkurong di bawah Biro Keagamaan.

    Datin Hajah Rohanie memimpin bacaan Surah Al-Fatihah semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Datin Hajah Rohanie dan ahli-ahli Biro Wanita MPK Sengkurong B bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...