Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Program Accelerate kelapan labuh tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan DARe

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Sebanyak 21 buah startup dari pelbagai industri telah menamatkan kitaran kelapan program Accelerate, Darussalam Enterprise (DARe), dengan Hari Demo pada 3 Jun lalu secara maya.

    Hari Demo berfungsi sebagai peluang untuk peserta menjalin rangkaian dengan rakan niaga dan pelabur berpotensi bagi meneroka akses pasaran dan peluang pembiayaan di luar pinjaman tradi-sional, seperti pelaburan daripada pelabur dan pemodal.

    Syarikat-syarikat startup berkenaan termasuk daripada industri ICT, pembuatan serta perdagangan borong dan runcit telah menyertai program bootcamp 100 hari.

    Program yang dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 itu dihasratkan dapat membimbing syarikat-syarikat berkenaan dengan produk dan penyelesaian boleh skala untuk bersedia bagi pelaburan awal dan pendedahan pasaran.

    Struktur program termasuk bengkel dan masterclass yang merangkumi pelbagai aspek operasi dan strategi perniagaan, termasuk kewangan, pengkomersialan dan pengesahan.

    Peserta juga menerima perundingan dan rangkaian individu dengan mentor dan jurulatih tempatan dan serantau yang ditetapkan.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Hari Demo yang diadakan secara maya pada 3 Jun lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...