Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Program Agroteknologi bantu tingkat jaminan makanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan ke-18 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah memberi perhatian khusus mengenai isu jaminan makanan (food security) serta peningkatan sara diri dalam sektor pertanian, agri-makanan, perikanan dan ternakan.

    Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad dalam usul menjunjung kasih hari ini, mengambil maklum mengenai usaha dalam bidang pendidikan mengenai perkara itu seperti program-program agroteknologi di Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), malah di Universiti Islam Sultan Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga mempunyai Fakulti Pertanian.

    Yang Berhormat Awang Iswandy berpendapat, usaha-usaha berkenaan bolehlah ditingkatkan lagi, di suatu masa yang sesuai, untuk menubuhkan sebuah universiti agroteknologi.

    “Ini akan dapat lagi mendukung hasrat kitani dalam jaminan makanan, di samping mendukung salah satu sektor penting iaitu makanan, seperti disebut dalam Brunei Economic Blueprint yang baru dilancarkan, malah dapat mendukung Digital Economy Masterplan negara dalam mengadaptasi Internet of Things (IOT) dan smart farming.”

    Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah 197.8 juta, tambah beliau, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan perlulah diberi perhatian khusus sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara, dan ia memerlukan dokongan pakar dan akademik yang bakal dilahirkan daripada universiti agroteknologi berkenan.

    Yang Berhormat Awang Iswandy semasa menghadiri Persidangan Majlis Mesyuarat Negara kelmarin.

    Menurut beliau, teknologi dan pendekatan baharu seperti circular food system, Regenerative Agriculture, Agroecology, fasiliti penyimpanan dan logistik yang lebih efisien, penggunaan dron dalam agroteknologi, smart agriculture dan bermacam-macam lagi, perkara ini memerlukan dokongan akademia dan profesional.

    “Revolusi Industri ke-4 juga tengah merubah dunia dan kita harus mengaplikasikannya ke dalam jaminan makanan kitani serta sumber-sumber utama yang ada di Negara Brunei Darussalam.

    “Kita tidak mahu ekosistem hutan kitani dimusnahkan dan tanah ditukar kepada kegunaan pertanian yang tidak bersistematik dan terkawal, dan pengeluaran makanan yang dipengaruhi oleh perubahan iklim akan menghasilkan pengeluaran tidak menentu.

    “Insya-Allah, dengan penubuhan universiti agroteknologi ini nanti, akan mampu memberi panduan kepada jaminan makanan kita,” ujar Yang Berhormat Awang Iswandy.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...