Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program ArabMazing asah kemahiran pelajar berbahasa Arab

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Mahasiswa Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah Pengajaran Bahasa Arab Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) baru-baru ini menganjurkan Program ArabMazing bagi para pelajar empat buah sekolah Arab di negara ini secara maya.

    Program merupakan tugasan wajib mereka sebagai pendedahan awal tatacara perlaksanaan aktiviti seumpamanya.

    Seramai 40 pelajar Sanah 7 terlibat dalam program itu dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Ma’had Islam Brunei dan Sekolah Arab Belait.

    Melalui program itu, para pelajar dikehendaki menyertai lima aktiviti yang akan menguji kemahiran mereka berbahasa Arab dan kecerdasan minda pada setiap aktiviti.

    Program disaksikan oleh Pemangku Timbalan Raes, KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzimin bin Haji Abang Taha selaku tetamu kehormat.

    Ia diisikan dengan bacaan Sayyidul Istigfar, Surah Al-Fatihah, ucapan alu-aluan pengerusi aktiviti, perasmian aktiviti oleh tetamu kehormat, sesi bergambar ramai, aktiviti, tayangan video dan diakhiri dengan bacaan doa terhindar daripada COVID.

    rogram antara lain bertujuan meningkatkan dan mengasah kemahiran pelajar untuk berbahasa Arab; memupuk dan menyuntik minat pelajar bagi menyertai aktiviti Bahasa Arab dan menyemarakkan semangat persaingan di kalangan pelajar.

    Salah satu aktiviti yang diadakan dalam program secara maya itu. – Gambar serahan UNISSA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda