Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Bandarku Ceria kembali lagi 1 Julai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan bahawa Program Bandarku Ceria yang telah berjalan setiap Ahad jam 6 pagi hingga 10 pagi akan kembali semula bermula 1 Julai ini bagi semua jenis aktiviti seperti beriadah dan berbasikal. Orang ramai adalah dialu-alukan datang beramai-ramai ke Bandar Seri Begawan dan menggunakan ruang-ruang yang ada bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk riadah, kebudayaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

    Dalam pada itu juga, aktiviti berjaja juga akan dibukakan di sepanjang Jalan Pemancha, Jalan Roberts dan Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien.

    Sehubungan ini, beberapa jalan raya di kawasan Bandar Seri Begawan akan ditutup seperti biasa antara 6 pagi hingga 10 pagi setiap Ahad. Sementara Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien ditutup dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

    KHEDN dalam kenyataannya lagi berharap dengan kehadiran orang ramai, ia akan dapat menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai sebuah taman bandar yang dapat dinikmati oleh semua melalui aktiviti-aktiviti seperti riadah, berjalan, berjoging, berbasikal, senamrobik, berjual-jualan sambil menyaksikan Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 bagi tahun 2018 yang akan diadakan pada pagi 1 Julai ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda