Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Belia Maya YSEALI berakhir

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Program Belia Maya yang diadakan sebagai sebahagian daripada projek susulan Rangkaian Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (WLA) YSEALI Brunei tahun ini, telah berakhir kelmarin dengan majlis refleksi dan penutup yang berlangsung di Dewan Silaturahim, Pusat Belia.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari; Chargé d’Affaires di Kedutaan Amerika Syarikat di Bandar Seri Begawan, Emily M Fleckner; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) di KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said. Ketua Projek Program Belia Maya YSEALI mengenai Kepimpinan Wanita dan Ketua Negara bagi Brunei di Rangkaian Alumni YSEALI WLA 2020, Dayang Nazurah binti Mohd Noor, dalam ucapan penutupnya berkata, program berkenaan menjadikan para peserta menyedari kemampuan peribadi dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kepemimpinan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program pada majlis penutup.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda