Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Program berigakan maklumat isu semasa, dasar kerajaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 7 JUN – Dalam usahanya untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan, dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Bukit Udal, Mukim Tanjong Maya bertempat di balai raya kampung tersebut, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Awang Emzah antara lain mengongsikan mengenai isu penyebaran maklumat palsu pada era digital yang tular dengan begitu cepat melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, WeChat, Facebook, Twitter dan Instagram yang menyebabkan orang ramai berasa takut dan cemas.

    Justeru itu, beliau turut mengongsikan beberapa cara bagaimana mengenal pasti ciri-ciri berita palsu. Jelasnya lagi, apa yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber yang sahih dan kemudiannya menjadi tular sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga keselamatan negara yang membawa kepada tindakan di bawah perundangan yang antaranya merujuk kepada Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34.

    Program diteruskan lagi dengan sesi dialog mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung berkaitan dengan prasarana dan kemudahan awam. Turut sama dalam sesi dialog berkenaan ialah para pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Awang Muhammad Azmi bin Muhammad yang turut menyampaikan ucapan bagi menyentuh mengenai perkembangan dan kemajuan kampung serta berharap program seumpamanya akan dapat mengongsikan lebih banyak maklumat yang berguna demi kesejahteraan hidup berbangsa, beragama dan bernegara.

    Program Sua Muka dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan serta memberigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim.

    Dayang Siti Bismi Nuruliman mengongsikan mengenai isu penyebaran maklumat palsu semasa Program Sua Muka di Balai Raya Kampung Bukit Udal, Mukim Tanjong Maya, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...